KEARAH MEREALISASI TIBBUN NABAWI

Ahad, 30 Januari 2011

Kapsul sirih dan Produk Dria.
Kapsul sirih plus ialah herba yang banyak kegunaanya dalam rawatan.Ia sangat efektif untuk darah tinggi dan kencing manis kerana salah satu kelebihan sirih ialah menurunkan darah tinggi dan salah satu kelebihan mambu pula menurunkan kadar gula dalam darah. Asalnya herba ini digunakan untuk sebarang pembengkakan pada payu dara.Ini mengelakan daripada berlakunya ketumbuhan yang Lenin serious seperti kanser . Lebih 10 tahun herba ini dipasarkan melalui slm dan kini pihak HPA perluaskan untuk pasaran mlm.Dos yang perlu diambil ialah 2x3 dan jika tidak berkesan boleh tambah dosnya itu

Produk Dria pula untuk rawatan diare atau cirit birit.Sama seperti teh sepang malah lebih cepat berkesan.Campurkan dengan air mendidih hingga keluar warna merah terang.Ia sebenarnya juga baik untuk ulcer atau gastrik tetapi semuanya perlu dibuka kapsul.InsyaAllah.
Tulang dan tanah liat.

Tulang juga mempunyai respon terhadap perubahan suhu persekitaran di mana bagi sesetengah orang yang menghidap sakit arthritis akan mula terasa ngeri apabila hari hendak hujan. Ini juga berlaku kepada sesaorang yang menggunakan besi untuk rawatan tulang yang patah.

Anda tentu pernah mendengar kaedah terapi lumpur yang dijadikan bahan untuk melumuri tubuh terutamanya kepada pesakit lumpuh dan saraf. Bagitu juga dengan rawatan menimbus diri dengan pasir laut untuk tujuan kesihatan. Bagi perawatan jawi,tanah liat putih di bancuh dengan air dan di lumuri pada tempat-tempat yang sakit agar cepat pulih terutamanya kes peradangan.

Melumuri bahagian tubuh dengan tanah liat dapat mengimbangi semula kepanasan tulang untuk kembali berfungsi. Tanah liat hitam dan kuning juga boleh digunakan. Batu kawi (sejenis batu kapur merah) juga sering digunakan bagi tujuan yang sama cumanya ia lebih banyak digunakan untuk mengecilkan ketumbuhan.

RADANG PARU=PARU

Bertungku dan radang paru paru.
Terdapat penggunaan besi panas dalam pengubatan Islam. Hadis dari Anas bin Malik menyatakan "aku membiarkan bahagian tubuhku di bakar dengan besi panas untuk mengubati zat al -janb (radang selaput dada)pada saat Rasulillah saw masih hidup.(Bukhari).Dalam pengubatan Jawi, besi panas(tungku ) digunakan terutama pada kes kes wanita lepas bersalin. Namun bagitu ia juga digunakan untuk pelbagai jenis penyakit terutama saraf ditulang belakang dan sakit tumid.Kesemuanya terdapat dalam buku pembetulan tulang belakang yang baru dikeluarkan.