KEARAH MEREALISASI TIBBUN NABAWI

JEJAK USAHAWAN, ADAKAH ANDA USAHAWAN ?

JEJAK USAHAWAN, ADAKAH ANDA USAHAWAN ?
Usahawan perlu mempunyai beberapa kemahiran, diantara kemahiran yang amat perlu adalah Kemahiran Mendengar. Usahawan sering menghadhiri seminar, ceramah, sessi dailog dan mungkin juga sering menerima "rejection" jualan dan lain-lain rejection. Kemahiran Mendengar bukalah sesuatu yang mudah apatah lagi untuk mendengar dengan minda dan hati....!

SIAPA USAHAWAN ?
Terdapat pelbagai definasi, bergantung kepada siapa yang memberi definasi, apa latar belakang mereka dan dari propektif mana mereka melihat. Berikut adalah definasi dari seorang tokoh akademik yang mengajar subjek keusahawanan :
USAHAWAN ADALAH SESEORANG YANG BERUSAHA MEREALISASIKAN IDEA DENGAN MERANCANG, MENGURUS, MENYELENGGARA DAN MELAKSANAKAN USAHA-USAHA MENJANA EKONOMI DENGAN SOKONGAN MODAL DAN MASA SERTA BIJAK MENGURUS RISIKO DAN BERANI MENGHADAPI CABARAN SEMASA.
FROM ZERO TO HERO
6 KRETERIA USAHAWAN :

1. IMEJ & AURA DIRI
2. KEMAHIRAN KOMUNIKASI
3. KEMAHIRAN MENGURUS & MENTADBIR
4. SIKAP & K0MITMEN
5. FOKUS & BERMOTIVASI
6. MISI & VISI

MODAL UTAMA PERNIAGAAN ADALAH DIRI SENDIRI ?


MENGAPA SAYA MEMILIH KERJAYA USAHAWAN !

A. 9/10 KEKAYAAN ADALAH MELALUI PERNIAGAAN
Rata-rata seseorang usahawan mempunyai sumber pendapatan dari empat sumber :
1. Gaji sebagai pengurus atau pengarah urusan syarikat
2. Keuntungan dari perniagaan yang di jalankan
3. Dividen dari modal yang di laburkan
4.Komisen dari barangan atau servis yang dipasarkan


B. MENYERTAI JIHAD EKONOMI UMMAH
Memperbaiki Nasib Diri dan Keluarga, Bangsa serta Ummah

C. MEMAKMURKAN MASYARAKAT DENGAN MUAMALAT ISLAM
Sejak berkurun lamanya umat islam di tenggelami dengan sistem ekonomi kapitalis, hanyut dengan amalan perniagaan beriba. Pelbagai bentuk tekanan dan pernindasan dalam sistem yahudi itu. Tiba masanya umat islam bangkit dan membebaskan diri, keluarga dan masyarakat dari sistem perniagaan jahilliyah kepada muamalat islam.
D. MENANDINGI YAHUDI DAN NASRANI

Rata-rata kuasa ekonomi di tangan yahudi, jangan biarkan mereka monopoli ! Menjadi fardu kiffayah kepada umat islam !

KELUAR PAGI BALIK PETANG, DAPAT GAJI HABIS BUAT BAYAR HUTANG ?

CABARAN USAHAWAN BUMIPUTRA ?
  1. Modal - RM
  2. Ilmu / knowledge
  3. Jaringan/Network
  4. Pengalaman
  5. Budaya Keusahawanan
HALANGAN KEPADA KEJAYAAN USAHAWAN ?

  1. Disiplin
  2. Daya Tahan
  3. Sikap Tamak haloba
  4. Hasad dengki- tiada sikap bantu membantu bangsa sendiri
  5. Sabotaj - oleh rakan kongsi/kakitangan/pesaing
  6. Kerenah Birokrasi- nak tolong mesti kena hulur, tak hulur tak proses
9 RAHSIA KEKAYAAN
1. Keinginan Yang Membara Untuk Kaya
2. Tidak Berputus Asa & Berfikiran Positif
3. Tingkatkan Kemahiran & Kepandaian Diri
4. Jujur & Amanah Serta Sabar
5. Tidak jadi Hamba Wang
6. Jauhi Hutang & Bijak Mengurus Hutang
7. Berkawan & ‘Berkahwin’ Dengan Orang Kaya Duit
8. Labur 10% Dari Pendapatan
- Wang Menjana Wang (Menanam Wang=Menuai Wang)
9. Sucikan Pendapatan -10% Untuk Zakat & Sedekah (Banyak Memberi= Banyak Menerima )

Mengurus sebuah perniagaan seperti menunggang sebuah basikal ?
a) Pilih Jenis Basikal Yang Sesuai
b) Belajar Cara Menunggang Dengan Betul
c) Pastikan Arah & Distinasi
d) Patuhi Peraturan Jalan Raya & Peraturan Perlumbaan

5’D : Determination>Drive>Discipline>Dedication>Duplication

5 FAKTUR KEJAYAAN USAHAWAN
1. BERSIKAP SEBAGAI USAHAWAN
> INISIATIF & KREATIF
> CEKAP MEREBUT PELUANG
> GIGIH & BERDISIPLIN
> MEMBINA JARINGAN PERNIAGAAN
> MEMUASKAN HATI PELANGGAN
2. PANDAI MERANCANG & BIJAK MENGURUS
3. RAJIN MEMASAR & GIGIH MENJUAL
4. CEKAP MENGAWAL KEWANGAN
5. TAHU MENGIRA RISIKO

Kemahiran Teknikal > Kemahiran Pengurusan > Kemahiran Kepimpinan
ERTI SEBUAH KEJAYAAN ?
KEJAYAAN ADALAH ‘KEKAYAAN’ DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN SAYA.
Ø KEWANGAN & KEMEWAHAN
Ø KEGEMBIRAAN & KECERIAAN
Ø MEMILIKI RUANG & MASA
Ø KREATIF & INNOVATIF
Ø SILLATURRAHIM & JARINGAN
Ø CINTA & PERSAHABATAN

Kekayaan Masa Depan Terletak Pada Nilai Pengetahuan & Kemahiran Yang Boleh Di Perdagangkan –Thomas Edition
2 pemangkin utama kejayaan !

Ø ILMU YANG SAYA PELAJARI DAN AMALKAN
> KNOWS HOW

Ø ORANG YANG SAYA BERURUSAN DENGANNYA
> KNOWS WHO

Setiap Masa Saya Mesti Mempelajari Banyak Perkara Baru !
Setiap Hari Saya Mesti Jumpa Dengan Ramai Orang Baru !

4’S : ciri-ciri orang gagal
1. Suka Beralasan
2. Selalu Menyalahkan Orang Lain
3. Sering Mengulangi Kesilapan Yang Sama
4. SombongBodoh
“Cerdik Tak Dapat Nak Tumpang”
“Bodoh Tak Dapat Nak Ajar”

Kejayaan Seringkali Meniti Dari Kegagalan Kepada Kegagalan Tanpa Kehilangan Semangat Untuk Berjaya – Wiston Churchill
DECLARATION #1 :
My Business Philosophy is To Be Very FOCUS
On What I’m DOING, On what I KNOW Best
And On What I Could PRODUCE Best !

DECLARATION #2 :
Every JOB Is A My Self POTRAIT
I Must AUTOGRAPH My Work With EXCELLENCE !

DECLARATION #3 :
I Must Facing Any Problem Positively,
Run Away Doesn’t Solve The Problem
But Will Create New Problem !


BIASANYA SEORANG USAHAWAN SELALU AJER SIBUK, SIBUK DENGAN MACAM-MACAM HAL? IMBANGILAH MASA UNTUK BISNES, KELUARGA, DIRI SENDIRI SERTA MASYARAKAT.

BERSANTAI DI HUJUNG MINGGU


1.THE 80/20 PRINCIPLE Selepas Solat Ansar pada petang Ahad yang lepas, saya berkunjung kerumah Mentor saya seorang usahawan yang telah berjaya dan kayaraya mengikut anggapan saya. Saya sering kerumah bunglownya di pinggir Putrajaya untuk menghantar buku-buku yang saya pinjam serta berbual-bual untuk mendapat nasihat dan tip-tip terbaru. Seperti biasa kami berbual-bual di gazebo yang dibina bersebelahan kolam ikan dan air terjun buatan di laman rumahnya.
Petang itu sambil berbual-bual kami menikmati hidangan teh misai kucing beserta dengan buahan tempatan.Beliau cukup suka dengan minuman jenis herba dan itulah yang saya nikmati bila berkunjung ke rumahnya. Dalam perbualan itu beliau bertanya, ”apakah yang majoriti rakyat Malaysia suka buat pada hari minggu atau cuti umum ?”


  • Pada pengamatan saya , diantara aktiviti hari minggu atau cuti umum yang di gemari oleh rakyat Malaysia adalah : 1. Berjogging atau melakukan kegiatan riadah yang lain.
    2. Tidur sepanjang hari dengan alasan membayar hutang.
    3. Beli bermacam jenis akhbar harian dan kemudian berlengkar di sofa menatap satu demi satu, baris ke baris dan dari muka surat kemuka surat.
    4. Suami isteri ke pasar basah membeli keperluan dapur.
    5. Bawa keluarga keluar shopping atau window shopping.
    6. Balik Kampung atau pergi cuti-cuti malaysia
    7. Pergi holiday atau berkelah ke pantai dan ada juga ke hutan lipur.
    8. Pergi ke majlis walimatull urus ataupun memenuhi lain-lain jemputan

  • Dengan tersenyum, beliau bersuara ” Cuba lakukan perkara yang berbeza dengan mereka sebagaimana saranan 80/20 Principle”. Kemudianya kami berbincang secara rengkas kandungan buku The 80/20 Principle oleh Richard Koch. Kami telahpun khatam membaca buku itu. Buku itu berasaskan Pareto’s Principle yang di kemukakan pada 1897 oleh Vilfredo Pareto(1848-1923) seorang pakar ekonomi Itali. Apabila kelihatan rembang matahari merah di kaki langit, tanda waktu maghrib akan tiba tak lama lagi, saya pun meminta diri untuk pulang. Beliau ada membekalkan sedikit buah tangan dan dua buah buku baru yang telah dibacanya untuk saya. Saya akan kembali mengunjunginya pada dua atau tiga minggu nanti untuk memulangkan buku tersebut dan juga untuk mendapat tip-tip terbaru.
    Di antara tip yang saya dapat dalam pertemuan ringkas pada petang itu ialah :
  • Memang susah untuk mengubah tabiat diri. Pasal itulah agaknya azam berazam setiap awal tahun jarang yang kesampaian. Mengubah tabiat diri hendaklah bermula dengan tabiat bangun pagi. Mulakan hidup seawal jam 5 pagi. Junjungan Nabi menggalakan bangun pada 2/3 malam. Lakukanlah 40 hari berturut-turut untuk mendapat dan melihat kesan yang mujarab.
  • Lakukan sesuatu yang berbeza dari apa yang dilakukan oleh kebanyakan orang. Misalnya kadar sewa bilik hotel lebih tinggi pada hujung minggu dan cuti umum berbanding pada hari-hari biasa. Begitu juga dengan parking lot di shopping complex, penuh sesak pada hujung minggu dan cuti umum. Kita tidak perlu membayar lebih dan mengasak diri jika tahu membuat pilihan dan pandai mengatur masa sendiri.
  • Benar apa kata Garry Robert dalam bukunya Millionaire Mindset, ”choose the people carefully, the people you associate with are very important, associate with have similar value and aspirations”.
2. Hasil dari kerja yang fokus
Di suatu pagi, dalam perjalanan pulang kerumah selepas berjogging saya singgah di stesyen minyak yang berhampiran. Saya mengambil sebungkus roti yang hendak dibakar buat sarapan dan senaskah akhbar harian yang hendak ditatap berita-berita hangat semasa sebelum keluar ke pejabat nanti. Di sebelah kaunter bayaran, saya menyeluk saku seluar track, poket kiri kanan didapati kosong. Wang kertas RM 10 yang saya masuk sewaktu nak keluar tadi telah tidak ada. Saya termenung seketikaa dan kemudian saya letak kembali roti dan akhbar di rak masing-masing. Saya ada dua pilihan samada untuk terus balik atau menyusur semula mencari note RM10 yang hilang itu. Hati kecil saya membuat keputusan untuk mencari wang tersebut. Saya bertafakkur dan merenung seketika dan bertanya bagaimana caranya untuk cari wang itu, wajarkah saya menyusuri semula sepanjang jalan 2 hingga 3 km yang telah saya lalui bermula dari rumah tadi. Wajarkah saya kembali sebagaimana saya kemari. Hati kecil berdetik lagi, katanya hanya di dua tempat yang kemungkinan wang itu jatuh. Saya nekad jika di dua tempat itu tidak saya ketemui, saya akan terus balik kerumah saja. Dengan mengambilkira semua kos melepas, kerugian saya akan melebihi RM10 jika saya mengambil masa yang terlalu lama untuk mencari wang yang hilang itu. Mungkin sudah tidak rezeki saya dan saya halalkan kepada sesiapa saja yang menemuinya. Saya terus bergerak ke lokasi pertama yang dijangkakan. Alhamdullillah, dalam jarak 20 kaki saya telah nampak note merah bergulong di atas jelapang tempat saya melakukan ketuk ketapi tadi. Kemudian saya kembali semula ke stesyen minyak tadi untuk selesaikan urusan yang tak dapat ditunaikan tadi. Apa yang saya dapat belajar dari peristiwa ini adalah :
  • Bila berlaku sebarang musibbah, jangan cepat kelamkabut atau mengelabah. Gunakan akalbudi dan bukannya di pengaruhi emosi.
  • Akal dapat memberikan fokus yang lebih jitu dalam keadaan yang tenang.
  • Sentiasa berwaspada kerana risiko boleh terjadi di mana-mana saja
  • Kirakan semua kos termasuk kos melepas dalam melakukan sesuatu.
  • Fokus, Fokus dan Fokus, hasilnya pasti lumayan dan berbaloi.