KEARAH MEREALISASI TIBBUN NABAWI

PERUBATAN JAWI

PENGENALAN-Allah SWT telah membekalkan kepada tubuh manusia dengan satu kekuatan fitrah yang mampu menolak serta menyembuhkan secara semulajadi setiap penyakit yang menyerang dirinya. Kekuatan tersebut dikenali dalam dunia kedoktoran sebagai sistem imuniti (daya tahan tubuh). Ia berfungsi menghalang masuknya punca penyakit yang datang dari luar tubuh samada bakteria, virus ataupun patogen. Kekuatan fitrah (imuniti) tersebut bergantung kepada 4 faktor utama yang ada dalam tubuh, dan faktor-faktor ini juga bergantung satu dengan lain iaitu:
  • spiritual (kalbu) - 50%
  • mental (akal) - 20%
  • emosi (nafsu) - 20%
  • jasmani (jasad) - 10%
Berasaskan kepada fakta di atas maka muncul satu sistem pengubatan baru yang dikenali dengan Perubatan Jawi. Ia merupakan satu sistem perubatan yang bersifat menyeluruh (holistik) yang mana pengubatan bukan tertumpu kepada masalah fizikal sahaja bahkan mengambil kira juga tentang kesihatan spiritual, mental dan emosi.

SEJARAH


hpa-hq-perlis-2.JPG
Ibupejabat HPA, Kg.Jejawi Dalam, Arau Perlis
Perubatan Jawi telah dipelopori oleh Haji Ismail bin Haji Ahmad yang dilahirkan di Jejawi, satu daerah di dalam negeri Perlis yang terletak di bahagian utara Malaysia. Tuan Haji Ismail sentiasa mendapat bimbingan semenjak kecil lagi dari bapa saudaranya, Haji Ahmad bin Hussein; seorang pengamal perubatan herba yang terkenal . Pada 1982 beliau sendiri telah menuntut di Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang  pertanian. Dari tarikh September 1987, Perubatan Jawi mula dikembangkan dengan menggunakan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Kejayaan kaedah pengubatan ini telah diakui oleh ribuan pesakit yang pernah mencuba dan mengamalkan herba ini.

PENGERTIAN PERUBATAN JAWI

Perubatan Jawi ialah satu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan sumber ilahiah.
Perkataan JAWI itu adalah merupakan singkatan dari:
J = Jejawi : nama tempat kelahiran pelopornya.
A = Alamiah : menggunakan bahan-bahan alami sebagai penawar.
W = Watan : menekankan penggunaan bahan-bahan alamiah tempatan (sekelililing)
I = Ilahiah : berpandukan kepada Al Quran dan Hadis sebagai sumber pengubatan.
Konsep Perubatan Jawi merupakan konsep perubatan yang mengutamakan 2 sumber utama iaitu alamiah dan ilahiah.
Sabda Rasulullah SAW: "Gunakan dua kesembuhan iaitu madu dan al-Quran." (H.R Ibnu Majah dan Al-Hakim)
Ahli herba memandang bahawa madu sebagai sumber alamiah sedangkan al_Quran sebagai sumber ilahiah.
Alamiah ialah semua sumber alam yang ada di atas muka bumi ini seperti  tumbuh-tumbuhan, batu batan dan haiwan. Sejarah telah mencatatkan bahawa herba telah digunakan sejak berabad-abad yang lalu dan kira-kira 20,000 spesis herba telah digunakan di seluruh dunia.
Ilahiah bermakna bahawa segala penyakit yang terjadi berasal dari Allah SWT dan Allah SWT pula yang sebenar-benarnya menyembuhkan penyakit tersebut. Sementara manusia berikhtiar dengan menggunakan ilmu yang diberikan Allah SWT kepadanya sebagai satu ibadah. sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah SWT yang menurunkan penyakit, Dia juga yang menurunkan ubatnya." (H.R. Ahmad)

PRINSIP-PRINSIP PENGUBATAN DALAM ISLAM

1. Prinsip Keyakinan: iaitu bahawa yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Dengan demikian dalam merawat pesakit harus dilakukan secara ihsan dan sesuai dengan syariat Islam.
2. Menggunakan ubat yang halal dan baik, serta tidak sekali-kali menggunakan ubatan yang haram atau bercampur dengan bahan yang haram.
3. Menggunakan ubatan yang tidak membawa mudhorat (bahaya). Pengubatan itu tidak sekali-kali mencacatkan (merusakkan) tubuh, kecuali jika keadaannya sangat dharurat dan tidak ada pengubatan lain pada saat itu.
4. Prinsip pengubatan yang tidak berunsur tahyul, kurafat dan bidaah.
5. Mencari yang lebih baik berdasarkan kaedah Islam dan ilmu perubatan.
6. Mengambil sebab melalui ikhtiar (berusaha) serta tawakal, juga selalu berikhtiar mencari yang terbaik.
Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI
1. Bekam (Al-Hijamah)
2. Akupunktur
3. Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)
4. Urut Refleksologi
5. Urutan Limfatik
Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI
1. Diagnos Saraf Tapak Tangan
2. Diagnos Anak Mata (Iridology)
3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi