KEARAH MEREALISASI TIBBUN NABAWI

Selasa, 1 Februari 2011

VITAMIN C FAHAMI KELEBIHANNYA



Vitamin C adalah antioksida (kumpulan vitamins,minerals dan enzim) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk perkembangan/pertumbuhan/pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal dan gusi yang sihat.

Vitamin C (Vit C) juga menolong pengeluaran hormone anti stress dan interferon( satu bahan yang dihasilkan oleh sel untuk melindungi dari dari serangan virus berbahaya). Vit C juga diperlukan untuk pembentukan folic acid, hormone tyrosine, phenylalanine.

Juga membantu di dalam pencemaran yang merbahaya, mencegah kanser, dan mencegah jangkitan.

Vit C menolong meningkatkan penyerapan besi (iron). Menurunkan kolesterol, kadar tekanan darah,dan mencegah atherosclerosis.

Vit C adalah esen di dalam kolagen,vit C melindungi daripada pembekuan darah dan kesan lebam (bruising) dan menolong menyembuhkan luka dan kesan terbakar.

Penemuan terbaru terhadap vitamin ini adalah apabila ia di sinergikan dengan Vit E akan memberikan kesan yang luarbiasa berbanding secara penggunaannya secara sendiri/tunggal. Vit E bertindak mengasingkan radikal bebas yang berbahaya daripada membran sel,sementara Vit C akan menyerang radikal bebas didalam cairan biologi (biological fluids) di dalam tubuh badan. Kedua-dua bahan ini akan memperkuatkan dan saling menyokong aktiviti antioksida.

Tubuh badan kita tidak mampu untuk menghasilkan Vit C, ia mesti di ambil daripada diet yang seimbang dan makanan tambahan.

Info ini boleh menjadi nilai tambah kepada semua herbalis di dalam perawatn dan penambahan ilmu kepada anda.
HERBALIS 19 MENCABAR KEILMUAN BARAT

Alhamdulillah program Sijil Herbalis telah berlangsung dengan sesi diskusi ilmu sains dan kedoktoran, konsep pembelajaran yang diterapkan adalah lebih kepada pemahaman peserta bukan sekali pembelajaran teori semata-mata.

Seperti biasa peserta dibekalkan dengan buku rujukan utama Prescription for Nutritional Healing di dalam menyiapkan tugasan. Pendekatan perbincangan diaplikasikan untuk menyiapkan para peserta dengan cabaran keilmuan moden dengan perubatan timur.

Menyedari bahawa cabaran dunia kedoktoran sedang dicabar dengan kebangkitan perubatan Ilmu Herba (perubatan Timur) Perubatan Jawi menyesuaikan corak pembelajaran untuk melahirkan pengamal Perubatan Jawi yang lebih berilmu dan berdaya saing dengan pengamal perubatan Moden.

Alhamdulillah walaupun pelajar agak kepenatan dengan aktiviti basikal yang menjadi kenderaan mereka ke kelas, namun tidak memudarkan suasana pembelajaran mereka. Syukur Alhamdulillah semua peserta sangat komited di dalam subjek yang diajarkan.

Buat semua herbalis, masih banyak yang perlu dikutip untuk menghadapi cabaran luar nanti. Nantikan kehebatan-kehebatan sebenar perubatan timur yang akan terungkap setelah mempelajari kehebatannya.
ILMU IRIDOLOGI SEBUAH ILMU TAUHID


Subahanallah menyingkap ilmu ini adalah satu bidang yang akan menyedarkan kita bahawa jika kita mahu beriman cukup sekadar melihat apa yang ada di tubuh badan kita, malah pasti tidak akan habis.

Ilmu iridologi yang mengkaji tentang pancaindera mata yang cuma dua biji yang di kurniakan oleh ALLAH. Ilmu ini dikaji oleh ilmuan barat yang bernama Ignaz Von Peczely dari Budapest,Hungary. Beliau dikatakan telah mengenali ilmu ini daripada seekor burung Hantu yang dijumpai patah kakinya. Beliau dapat mengesan perubahan pada Iris mata burung hantu tersebut, bermula dari situ beliau membuat penelitian sehingga menghasilkan carta yang pertama. Bagaimanapun carta ini disusun kembali oleh Dr.Bernard Jensen setelah meneliti 350 ribu mata . Ilmu ini dikaji sehingga terhasil satu ilmu mengenali penyakit dan keadaan organ tubuh melalui iris mata.

Di dalam kaedah ilmu ini ia dapat mengindikasikan perkara-perkara berikut:
1. konstitusi tubuh (lemah atau kuat)
2. Kadar stress seseorang
3. Tingkat kesihatan manusia
4. Potensi kesihatan kita
5. Keperluan tubuh badan
6. Keperluan nutrisi tubuh
7. Penumpuan Racun
8. Kekuatan saraf
9. Reaksi tubuh terhadap pengubatan
10. Paras asam lambung
11. Kelainan pada usus besar

Sebagai seorang herbalis, ilmu ini adalah satu lapangan ilmu yang menghidangkan sebuah keinsafan yang bakal membuahkan kesyukuran kepada ALLAH.