KEARAH MEREALISASI TIBBUN NABAWI

Rabu, 13 Oktober 2010

Bersyukurlah..
Posted by PAS For All at 6:05 PM
Bismillah...
Perasaan sebak menyapa hati kita semua memandang kepada betapa gahnya HPA ketika melancarkan menara kebanggaan HPAic hari tu.. Patutlah kita abadikan hari itu sebagai hari yang bersejarah.. Kenapa sebak? kerana hampir benar kita merasa benarnya sabda Nabi (Maksudnya) "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya".

Percayalah kita semua sedang menuju ke situ cuma ingat pesanan Allah dalam surah An Nasr.."Apabila datang pertolongan Allah dan pembukaan(kota Mekah),engkau akan lihat manusia berbondong-bondong menganuti Islam (agama Allah -cara hidup),maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan beristighfarlah kepadanya,sesungguhnya Dia maha menerima taubat.."

Kenapa Allah memerintahkan kita melakukan 2 perkara ini? (Bertasbih dan beristighfar)

PERTAMA
kerana mengingatkan kita bahawa pencapaian kita itu Hanya datang dari Allah yang maha terpuji kita langsung tiada daya dan upaya. Nikmat yang kita dapat tidak sehebat nikmat kurniaan Allah kepada Nabi Sulaiman,namun ingatlah kata-kata Sulaiman ketika mengenang nikmat Allah kepada Baginda...

KEDUA
nak jaga nikmat ini bukan senang maka jalan mohon pertolongan Allah ialah melalui istighfar.Sabda Nabi "Barangsiapa melazimkan diri beristighfar maka Allah akan jadikan baginya jalan keluar dari sebarang kerumitan,keluasan selepas kesempitan dan rezki yang datang dari sumber yang tidak disangka-sangka"
Tuesday, August 17, 2010
Stesen Seorang Mukmin
Posted by PAS For All at 5:26 PM


Bismillah..
Sepanjang Ramadhan ini sungguh menggembirakan kita bila melihat betapa makmurnya rumah Allah pada malam hari, kecil besar, lelaki perempuan, tua dan muda semuanya bersemangat datang bertamu di surau-surau dan masjid, terutamanya di bandar-bandar besar umpama KL dsb.nya.

Tanpa sedar satu rahsia diri kita terbongkar. Apa dia? Selama ini kalau bulan-bulan lain kenapa payah sangat kita nak kunjungi rumah Allah? Tiba-tiba di bulan Ramadhan, semua kita "All out" pakat-pakat datang, maknanya kita ni semua mampu mengendalikan diri kita untuk mewaqafkan sebahagian waktu kita untuk men"clear"kan hubungan dengan tuhan pencipta kita.

Apa jawapan kita bila berdepan dengan Allah di akhirat nanti bila diajukan soalan "Kenapa payah sangat kita untuk bertamu di rumah Allah selama ini? Bukankah Allah sentiasa membuka rumahnya untuk dikunjungi sepanjang tahun?"

Bukan soal pahala dan ganjaran Allah sahaja yang membuatkan kita datang,tetapi sedarkah kita Pemilik Rumah itu adalah raja segala raja, yang amat pemurah bahkan amat pemaaf... hebat sangatkah kita hingga tidak mempedulikan jemputan Allah, Dia yang hendak sangat memberi kepada kita sedang kita amat sombong seolah-olah apa yang Allah nak bagi itu tiada harganya bagi diri kita...Masya Allah!!!

Masjid dan surau bukan sekadar tempat mengagihkan pahala,akan tetapi itulah tempat yang segala-galanya bagi kita, tempat pembentukan peribadi (Kolej Amali), tempat kongsi "Give n Take" kemasyarakatan, bahkan yang utamanya masjid adalah pencetus kebangkitan Islam akhir zaman yang kita nanti-nantikan.
Rugilah kita kalau tempat lain sering kita kunjungi, pasaraya, kedai makan dan lain-lain tapi ke masjid tidak pula begitu. Sekali seminggu bukan suatu yang boleh dibanggakan tapi yang menanti kita ialah suatu janji nabi"golongan yang terlepas dari hiruk pikuk mahsyar "Lelaki yang hatinya seolah-olah tergantung di masjid-masjid"

Isnin, 9 Ogos 2010

CHLOROPHILL DROP HPA
Khamis, 2010 Ogos 05

Produk HPA kali ini (klorofil)merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah,seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal .(rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).

Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi)yang di jual dipasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh meng"alkali"kan asid dalam tubuh. Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.

"Buang asid buang Penyakit" merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contuh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari.
InsyaAllah.
Masukan 3 titis sahaja klorofil HPA kedalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++.Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil.Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini.

Air dari filter Dew HPA ialah pH 9.++.Sangat baik sebagai minuman disamping Klorofil Drop HPA. Selamat Mencuba..

Rabu, 28 Julai 2010

Ayam Organik HPA sebagai alternatif
Isu ayam semakin hangat dibincangkan di dalam surat akhbar, risalah dan media massa. Begitu juga di masjid dan surau, begitu banyak ustaz yang membicarakan tentang halal dan haram. Ini haram itu haram. Terpanggil diri ini untuk bertanya, jika semuanya haram, bagaimana pula dengan alternatifnya? Adakah telah sedia ada dipasaran? Maka, wajarlah produk barangan HPA dijadikan sebagai alternatifnya atau pengganti kepada barangan asing. Hapuskan produk asing.
Mungkin ada dalam kalangan saudara yang bertanya, ini semua adalah gimik perniagaan dengan bertujuan untuk menjual produk barangan HPA. Saya katakan tidak sama sekali. Persoalannya adalah, pernahkah saudara terfikir makanan yang diberikan kepada ayam yang diternak hari ini? Dengan kata lain, makanan atau dedak ayam yang diberi kepada ayam ternakan. Pernahkah saudara menganalisis dan mengenal pasti bahan-bahan yang dicampurkan ketika membuat proses makanan ayam? Pernahkah saudara mengambil sampel DNA ayam ternakan hari ini? Adakah ia tidak bercampur dengan DNA babi. .
Bukanlah niat saya untuk menjejaskan industri ternakan ayam, tetapi marilah kita berkongsi sedikit maklumat dan kebenaran mengenai isu ayam ini. Pada hari ini, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai Dicalcium phosphate telah dicampur ke dalam proses membuat makanan ayam. Kenyataan ini telah diperjelas dan suarakan oleh pihak JAKIM dan CAP. Apakah itu Dicalcium phosphate? Ia adalah satu bahan yang diperbuat dari serbuk tulang-tulang binatang. Persoalannya dari tulang binatang manakah yang diambil? Berdasarkan kajian, kebanyakkan DCP yang terkandung dalam makanan hari ini dipercayai diperoleh daripada tulang babi yang telah disiap proses menjadi serbuk. Bahkan dengan mencampurkan DCP ke dalam makanan ayam hari ini, ia didakwa mampu membesarkan ayam dengan lebih cepat dan gemuk.
Yang kita soalkan disini adalah kehalalan. Pembeli utama ayam dipasaran hari ini adalah umat Islam. Ya, mungkin ada dalam kalangan kita menyatakan, ayam itu halal kerana disembelih mengikut cara Islam dan dijual oleh orang Islam. Yang kita tegaskan disini ialah makanan yang dimakan oleh ayam itu sekaligus akan menjadi sebahagian daripada DNA ayam itu sendiri bukanlah kaedah sembelihannya atau dibeli daripada orang Islam.
Maka, Alhamdulillah HPA mengambil tanggungjawab ini dengan menyediakan bekalan ayam organik yang diternaknya sendiri dengan berteraskan makanan herba, diantara makanan yang dijadikan sebagai makanan ayam ialah habbatus sauda, jagung, ubi dan bijirin. Manakala vaksin ayam itu pula ialah dengan menggunakan daun mambu. Pada hari ini saja, ayam yang diternak oleh HPA mampu menanggung keperluan selama setahun. Subhanallah.


Anti Bodi Untuk H1N1
Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah "pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan" . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:-
1. IMT - 3 x 3
2. Roselle - 5 x 3 dan teh roselle - 2 x3
3. Madu corcinium - 2 x 3
4. kopi Radix
5. Malac - 2 x 3
6. Teh herba

* Amalkan Kopi Radix sekurang2 3 Ungcang sehari

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .

Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini .Amin.

Jika Demam
Kebiasaanya terapi herba untuk kes demam adalah seperti dibawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat yang herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak ,boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba dibawah merupakan keedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun bagitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.


1. IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.
3. spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. eq minda - minum hingga sembuh.
5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi,jaram dengan daun bunga cina.

* Amalkan Kopi Radix sekurang2 3 Ungcang sehari

HPA - Harapan Paling Akhir.

sumber: jawiherbshop

Isnin, 5 Julai 2010

Wanita Mengandung


Produk HPA yang terbaik untuk wanita yang mengandung adalah seperti:

Virgin Coconut Oil Softgel dapat membantu memudahkan bersalin, menguatkan sistem pertahanan badan dan meningkatkan pertumbuhan rambut serta mengurangkan kelemumur.

Habbatus-sauda Softgel ini kaya dengan asid minyak tak tepu (EFA). Antara khasiat utamanya, ia meningkatkan penghasilan susu ibu.

Minuman Cereal Radix mengandungi khasiat sinergi 7 herba yang terbaik, diantaranya adalah Larak Hutan ( Polyalthia Hypoleuca) yang bertindak meransang pengeluaran air susu ibu.

Jika sebelum ini wanita tersebut mengamalkan Paramaria Plus sebelum mengandung, maka apabila mengandung dia perlu berhenti mengambil Paramaria Plus dalam masa waktu mengandung.

Herba Tuju Angin yang mengatasi masalah angin duduk, yakni cepat letih dan terasa meloya.

Minyak But-but disapu/diurut pada kaki wanita mengandung.

Minum EQ Minda di mana kandungannya terdapatnya Kurma (Phoenix dactylifera L) yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein dan vitamin C yang membekalkan tenaga. Kurma juga memudahkan proses kelahiran serta bekersan meredakan tekanan darah tinggi ketika mengandung.

Amal HB yang meningkatkan daya imunisasi dan masalah kekurangan kadar darah merah. Pengambilan HB ini juga mengubati masalah penyakit kuning (jaundis) apabila anak lahir kelak

Sabtu, 3 Julai 2010

Sukar Tidur (Isomnia)

Tanda seseorang itu menghadapi masalah sukar tidur adalah:
1. Kerap terjaga di waktu malam
2. Pening kepada

Sinergi produknya adalah:

Gabungan Pegaga dan Spirulina di dalam Kordial Evergreen Centella , kaya dengan protein, lemak, khabohidrat serta pytonutrien yang memenuhi keperluan tubuh. Minum Evergreen Centella setengah jam sebelum masuk tidur.

Mengkudu digunakan bagi menurunkan tekanan darah tinggi, memelihara sistem jantung, mencegah ketegangan tekanan (stress) dan stroke. Mengkudu juga mambantu dan meransangkan hormon melatonin dan seratonin bagi mengatur dan memperbaiki kualiti tidur serta peredaran darah yang stabil.

Roselle dapat bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit, maka masalah stress boleh dikurangkan. Roselle menpunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

Ahad, 20 Jun 2010

20 June 2010

Rumah kecil tiang seribu.

Peniagaan ibarat satu peperangan yang akan dimenangi oleh siapa yang benar-benar kuat. Berbagai cara dan strategi pemasaran telah digunakan untuk memastikan sesebuah syarikat itu sentiasa mendahului pesaingnya. Bagi orang Yahudi mereka akan menggunakan apa jua cara untuk memonopoli dunia peniagaan.Falsafah mereka “niat menghalalkan cara” mengizinkan mereka terus menipu dan melakukan jenayah peniagaan . Mereka bekerja siang dan malam bagi memastikan peniagaan dunia milik mereka kerana kekuatan ekonomi yang mereka miliki menjadikan mereka terus menjadi pengganas dan perompak di setiap belahan bumi ini.

Kadangkala mereka meminjam kata-kata indah seperti "jihad ekonomi" bagi dijadikan moto perjuangan mereka di negara umat Islam dan ini tidak lain dari bentuk propaganda bagi membenarkan jalan mereka. Kita sedia mengetahui bahawa apa jua istilah yang digunakan sedikitpun tidak akan mengubah hakikat sesuatu peniagaan. Lebih-lebih lagi jika peniagaan itu terus memberi sumbangan kepada Yahudi untuk terus membunuh ummat di mana sahaja.

Umat Islam pula yang telah lama leka dalam bidang ekonomi terus menjadi pengguna yang menyerah pada kuasa pasaran bikinan mereka(Yahudi). Hari ini mereka membuka supermarket seperti membuka kedai runcit ,setiap bulan ada sahaja cawangan baru. Mereka akan memonopoli dan terus menekan peniaga-peniaga kecil ke dinding.

Dahulu pada zaman awal kemerdekaan, kerajaan menghadkan pembukaan supermarket kerana ingin memberi peluang peniaga-peniaga kecil berkembang yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu Islam. Hari ini keadaan itu sudah hilang kawalan di mana peniagaan Melayu Muslim cuma layak membuka warung di tepi jalan sahaja. Ini amat menyedihkan.

Ada satu bentuk peniagaan yang boleh mencabar ekonomi orang yahudi iaitu peniagaan MLM. MLM yang jujur dan mempunyai wibawa untuk menguruskan peniagaan ummah bukannya MLM yang bersifat lipstick di bibir, mudah wujud dan mudah hilang.…(bersambung)

Rabu, 16 Jun 2010

PANDUAN MERAWAT PENYAKIT

Rabu, 2010 Jun 16

KENCING MANIS

Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa


Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.
Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.

* Pemakanan
Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
* Senaman
Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
* Penjagaan berat badan

Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
* Pemeriksaan diri sendiri
Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
*Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

ADAKAH ANDA MAHU BEGINI
Menungi saat di potong atau menungu ajal yang akan menjelma.KEKAYAAAN BOLEH DI CARI DENGAN WANG RINGGIT .TAPI JIKA TIDAK MENGUNAKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYER TIDAK AKAN BERGUNA LAGI JIKA MENUNGU SAAT KEMATIAN.UBAT LAH DENGAN SEGERA.

Ahad, 13 Jun 2010

KETEGANGAN FIKIRAN

Ketegangan fikiran mungkin berpunca dari gelombang handphone yang anda guna. Ini akan lebih ketara jika anda bercakap lama sehingga Handphone menjadi panas. Oleh itu lebih baik SMS sahaja dan gunakan phone biasa bila perlu berbual panjang. Adakah herba boleh membantu? sudah tentu terdapat herba yang baik untuk menurunkan ketegangan ini.

Ketegangan frekuansi otak dapat diredakan dengan pengambilan pokok bayam merah. Bayam merah juga menyerap gelombang bunyi sama seperti handphone dan sudah terdapat kajian di Jepun menggunakan bayam dalam handphone

Di HPA kita ada kapsul HB iaitu sinergi bayam merah dan pegaga. Ia sangat baik untuk menyerap gelombang handphone yang berlebihan dan menurunkan ketegangan di otak. InsyaAllah lihatlah keberkesananya nanti.

Sabtu, 12 Jun 2010

PBC JULAI 2010 ANJURAN KJPP(PAHANG)

>> Wednesday, June 9, 2010

PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG(PBC)

TARIKH: 03&04 JULAI 2010

TEMPAT: AKADEMI LATIHAN FELDA (ALAF) BUKIT GOH KUANTAN,PAHANG

BAYARAN: RM150 SAHAJA

BERMINAT???

SILA HUBUNGI...

PENGARAH PROGRAM:

PJM JAFFAR ABD.GHANI (019-9102655)

HERBALIS PJ WAN HARMAN (019-3638412)

PJ USTAZ AZHAR JAAFAR (012-3560547)

Rabu, 9 Jun 2010

PRINSIP DALAM PENGAMALAN HERBA HPA

PENGENALAN

Bidang perawatan herba mempunyai kaedahnya yang sendiri dalam mengenali penyakit dan menentukan ubatannya. Ilmu ini sebenarnya didukung sejak sekian lama hasil dari pemerhatian (Doctorine of Signature) semenjak turun temurun sebelum adanya peralatan moden dan kajian klinikal.

Herba yang pada satu masa dahulu terpinggir kini mula mempunyai tempat di tengah masyarakat. Perlumbaan menghasilkan ubat menjadikan bidang ini tumbuh dengan cepat sekali sehingga menimbulkan rasa kebimbangan dikalangan ahli perubatan alopati yang semakin kurang popular di kalangan masyarakat yang mula celik herba.

TUBUH MANUSIA

Tubuh manusia yang unik ini terbentuk daripada ROH dan JASAD. Roh Allah SWT jadikan dari Alam Lahut manakala jasadnya Allah SWT ciptakan daripada 4 unsur penting iaitu TANAH, AIR, API dan ANGIN.

Setiap unsur memiliki tabiat yang tersendiri seperti sifat sejuk pada air. Keseimbangan keempat unsur di dalam tubuh menghasilkan sihat dan jika sesuatu sifat unsur melebihi yang lain maka timbullah penyakit.

Para HERBALIS berpendapat, penyakit berpunca daripada longgokan toksid yang banyak akibat daripada keracunan makanan, ketidakseimbangan tenaga haba (panas) yang menyebabkan badan menjadi panas atau sejuk.

PENYAKIT PANAS

Tubuh manusia terdiri daripada 25% bahan padat dan 75% lagi adalah air. Kandungan air yang cukup merupakan diantara keperluan tubuh yang penting untuk ia sentiasa segar dan sihat. Kita sepatutnya minum air bersih 10 cawan atau 2.5 liter sehari. Kekotoran dan racun tidak akan dapat dikeluarkan tanpa meminum air yang secukupnya.

Air gunung yang turun dari puncaknya adalah air yang terbaik kerana telah berlaku pemecahan kepada molekul yang halus apabila bertemu dengan batu-batu yang kecil. Lebih halus molekul air yang diminum adalah lebih baik kerana kadar penyerapannya yang tinggi.

Bila tubuh kekurangan air, ia akan memberi isyarat kepada kita dengan merasa haus, badan menjadi panas, perut rasa panas, muka merah, urin bertukar warna menjadi kuning kemerah-merahan, sakit dada, sakit sendi, sakit kepala dan sakit pinggang. Kadang-kadang bila tidur ia bermimpi sungai dan laut.

Akibat daripada kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan:

  • asma pada kanak-kanak,
  • kerosakan genetik,
  • elergi,
  • sembelit,
  • hipertensi,
  • penyakit autoimun dan
  • kanser.

Tanda-tanda lain yang berlaku dan boleh dikaitkan dengan kekurangan air:

  • rasa letih,
  • cepat marah,
  • cemas,
  • tidak sabar.

RAWATAN PENYAKIT PANAS

Gejala panas yang berlaku dalam tubuh adalah disebabkan oleh:
  • kekurangan air,
  • pengambilan ubatan kimia sintetik (seperti antasid)

Bila badan panas, suhu yang tinggi akan memberi kesan kepada saraf dan hormon seperti susah tidur (insomnia) dan gangguan peredaran haid pada wanita. Nadi akan berdenyut laju melebihi 80 detik/minit. Kepanasan ini akan menggangu kilang saraf (medula) di bahagian otak.

Untuk merawat masalah penyakit panas; unsur panas yang berlebihan perlu dikeluarkan terlebih dahulu dengan membanyakkan minum air. Seeloknya air tersebut dimasukkan sedikit garam bukit untuk memudahkan penyerapan. Sekiranya berlaku keadaan panas yang melampau; terutamanya pesakit muntah bila minum atau makan, selaput putih yang ada di atas lidah semakin menebal, maka pesakit hendaklah diberikan air rosel atau air asam jawa secara berdikit2 tetapi kerap.

Umumnya dalam perawatan alternatif dan komplimentari yang menggunakan herba, penyakit panas ini dirawat dengan menggunakan herba yang berunsur sejuk. Penyakit sejuk pula dirawat dengan herba yang berunsur panas.

Seseorang yang berpenyakit panas seperti hipertensi, air kencingnya sedikit dan gelap. Penyakit-penyakit panas yang disebabkan oleh keracunan tinggi seperti kanser, rambut menjadi pecah atau gugur.

Kaedah lain yang berkesan untuk mengeluarkan panas dari badan adalah:

Air bermalam

Air bermalam adalah air yang telah diembunkan semalaman. Tujuan ia diembunkan ialah untuk mendapatkan "suhu malam" yang boleh membantu menurunkan kepanasan badan.

Jaram

Herba yang selalu digunakan ialah daun kaca piring atau bunga cina. Herba ini diramas-ramas untuk keluarkan lendirnya (musilage) yang bersifar sejuk (emolian). Elok juga diembunkan di dalam bekas yang diletakkan besi untuk menarik "suhu malam" ke dalam air jaraman tadi.




Batu kapur

Serbuk batu kapur dimasukkan ke dalam air dan disapukan di sepanjang tulang belakang dengan cara menepuk-nepuk

Produk HPA

Panas akan keluar daripada tubuh melalui urin, buang air besar dan perpeluhan. Herba yang sesuai untuk tujuan ini adalah MALAC, PELAWAS dan HERBA TUJU ANGIN.





PENYAKIT SEJUK

Matlamat pengubatan adalah kesembuhan serta keampunan dari ALLAH SWT. Seorang herbalis adalah umpama penunjuk arah kepada satu perjalanan. Perawat hendaklah membawa perhatian pesakit kepada keampunan dan keredaan ALLAH kerana kesembuhan itu ada 2 iaitu kesembuhan zahir dan kesembuhan roh.

Herba disamping mempunyai sifat sejuk, panas, kering dan lembab; ia juga mempunyai rasa yang berbeza. Rasa herba ialah pahit, pedas, manis, masam, masin dan tanpa rasa.

  • Rasa pahit ialah menghilangkan panas dan lembab (UNSUR ANGIN),
  • Rasa pedas menandakan herba tersebut boleh bersifat merangsangkan,
  • Rasa manis pula mempunyai sifat menyejukkan dan menguatkan,
  • Rasa masam sebagai pengelat dan pengawit,
  • Rasa masin sebagai melembut dan melawaskan; dan
  • Tanpa rasa pula bersifat diuretik.
TANDA-TANDA PENYAKIT SEJUK
  • Badan terasa sejuk terutama di bahagian pinggang ke bawah. Ini menandakan lemahnya peredaran darah di kaki; ditandai dengan denyutan nadi di bawah 70 kali/minit,
  • Keinginan untuk tidur,
  • Muka pucat,
  • Demam sejuk,
  • Air kencing banyak dan jernih,
  • Sejuk kaki selepas kencing - ada kaitan dengan masalah ginjal,
  • Penghadaman yang lemah dan kurang selera makan,
  • Tidak rasa dahaga,
  • Mengidam minuman panas,
  • Keinginan kepada panas kerana kekurangan nutrisi dan mineral dalam tubuh yang boleh meningkatkan metabolisma tubuh.
Herba-herba yang boleh membantu merawat penyakit sejuk ini adalah seperti herba dari unsur API (panas dan kering) dan herba unsur ANGIN (panas dan lembab). Secara umumnya penyakit sejuk ini disebabkan kekurangan unsur API dan kekurangan mineral dan vitamin dalam tubuh.

Di antara herba yang tergolong dalam unsur API ialah habbatusaudak. Selalunya herba ini berwarna hitam seperti kesan terbakar oleh api. Herba aromatik; iaitu herba yang mengandungi minyak meruap juga termasuk dalam kategori herba unsur API. Sementara MADU dan SPIRULINA merupakan herba-herba yang mengandungi banyak mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh yang sejuk.


Isnin, 7 Jun 2010

KELAPA DARA LUAR BIASA KEGUNAANYA


MINYAK KELAPA DARA, telah digunakan sejak dari dulu lagi sebagai sumber perubatan tradisi. Sebagai produk yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit maupun bersifat kronik.
Minyak Kelapa Dara mengandungi monolaurin yang juga secara semula jadi terdapat di dalam kandungan susu ibu.


Berfungsi sebagai penawar kepada penyakit –penyakit seperti Hepatitis C,herpes dan HIV. Mengikut kajian minyak kelapa dara juga sebenarnya menjadi penawar kepada penyakit yang berasaskan jangkitan virus,bakteria dan kulat.


Mengikut kajian oleh Profesor Dr John J Kabara,seorang pakar dalam penyelidikan lemak lipid mendapati kehebatan minyak kelapa dara menjaga kesihatan dan berfungsi menjauhkan diri daripada semua jenis penyakit kornik.

Food & Drugs Administration Amerika (FDA) telah mengakui ,minyak kelapa dara mampu mengubati banyak penyakit dan boleh ditakrifkan sebagai makanan yang berunsurkan nuetrisitikal yang sesuai untuk semua golongan.

0 comments:

Post a Comment

PENGALAMAN MELAHIRKAN ANAK


Sebut pasal melahirkan anak,ramai yang yang sudah merasai,ada melalui pembedahan,melalui bantuan vacuum dan sebagainya.

Bagi PJ Shamsiah, setelah 7 tahun tidak merasai pengalaman bersalin,melahirkan anak kekurangan darah dan G6PD.
Kini melahirkan anak seberat 3.8 kilogram,Sebelum melahirkan anak dinasihatkan doktor untuk melalui proses pembedahan.
Alasan doktor,memandangkan anak yang sebesar dan seberat itu akan membahayakan ibu dan kesihatan anak jika melahirkan anak melalui proses biasa.


Dari pengalaman PJS/PJI Herbalis Puan Norhani yang sebelum ini mengunakan IQ Minda,menambahkan keyakinan Puan Shamsiah untuk melahirkan anak melalui proses biasa dengan mengamalkan produk IQ MINDA juga.

Syukur pada Allah, Puan Shamsiah selamat melahirkan anak yang sihat dan tidak mengalami G6PD. Kalau sebelum ini kedua-dua anaknya mengalami G6PD.

Selepas proses melahirkan anak,ramai doktor kagum, dan bertanya apa petua digunakan sehingga yakin tidak memilih cara pembedahan. malah berkeupayaan melahirkan anakdengan mudah.
Menurut kata Puan Shamsiah, IQ Minda perlu diamal bila mencapat 7 bulan, Perlu diminum lebih-lebih lagi sebelum bersalin. Paling penting sebagai sumber tenaga segera sebelum dan selepas melahirkan anak.
Minuman seharian Kopi Radix sebagai menguatkan tulang anak . Puan Shamsiah mengalami kekurangan Darah, beliau mengamalkan Jus Jambu batu.
Inilah produk yang diamalkan oleh Puan Shamsiah sebelum beliau melahirkan anak.

KORDIAL ASIATICA (PEGAGA)+ GULA PERANG (Batuk, Buasir, Kelesuan, Demam,Batu Karang )

Kordial Asiatica diperbuat daripada Pegaga segar terpilih yang bermutu tinggi dengan gula perang. Amat baik sebagai minuman kesihatan seharian dalam bentuk sejuk dan panas. Jadikan ia sebagai minuman alternatif penghilang dahaga kepada lain-lain minuman seharian. Ia juga bertindak sebagai penawar kepada masalah berikut:-

  1. Batuk
  2. Buasir
  3. Demam
  4. Kelesuan
  5. Batu Karang
Kordial Asiatica dengan gula perang. Sedikit fakta tentang gula perang: Secawan gula perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potasiun dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporous sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda.


Dos :
Goncang sebelum digunakan. Campurkan satu bahagian pati dengan 3 bahagian air mengikut rasa.

Batuk – 1 sudu besar tanpa air
Buasir – 2 sudu besar tanpa air
Demam – Minum suam untuk kestabilan suhu badan dan pengeluaran peluh
Batu Karang – Sinergikan dengan Madu Asli sebagai pelancar air kencing.



Harga
Semenanjung Malaysia: RM 16/RM 13
Sabah & Sarawak: RM 19/RM 16

Nilai Mata (NM): 4
You might also like:

KORDIAL KURMA + GULA PERANG

Khasiat:

  1. Kurma memudahkan proses kelahiran serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
  2. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, kalium, vitamin A, C, niasin.
  3. Kajian saintifik menunjukkan kurma berkesan mengubati gangguan usus yang kronik.
  4. Mengandungi protein dan garam galian yang membantu menghalang penghasilan sel darah putih berlebihan di usus kecil.
  5. Mengatasi sembelit, namun tidak sesuai untuk penghidap diabetes.
  6. Penawar untuk masalah insomnia.
  7. Gula dalam kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong justeru melegakan batuk.
  8. Unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita mengandung (baik untuk perkembangan fetus) dan selepas bersalin. Ia membantu proses kelahiran, memperkukuhkan urat-urat rahim, mengurangkan tumpahan darah dan redakan tekanan darah tinggi.
  9. Menguatkan ingatan, bantu tumbesaran dan menambahkan tenaga.
  10. Melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah dan merawat buah pinggang.
  11. Fiber semulajadi yang mengelak kanser kolon.
  12. Memelihara kesihatan, mengelak rabun malam. Pejuang Islam di zaman Rasulullah mengamalkan kurma untuk merangsang otot dan mata.
  13. Kalsium berguna dalam pembentukan tulang dan mengelakkan tulang menjadi rapuh.
  14. Disyorkan untuk kanak-kanak hiperaktif.
Sedikit fakta tentang gula perang: Secawan gula perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potasiun dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporous sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda.

Kandungan Utama:
Kurma

Harga
Semenanjung Malaysia: RM 13/RM 16
Sabah & Sarawak: RM 16/RM 19

Nilai Mata (NM): 4
You might also like:

Isnin, 31 Mei 2010

kuliah perubatan jawi

Kuliah ini dijalan bersiri dari bulan ke bulan samada disampaikan langsung oleh pengarah urusan ataupun pensyarah yang berkelayakan. Mereka yang mahu memahami sepenuhnya hendaklah memastikan tidak ada kuliah yang ketinggalan. Kuliah pertama yang telah ddiselaraskan ialah tentang 4 unsur dan herba pelawas,malac,tuju angin,madu,habatusaudah dan spirulina.

Perbincangan ini akan lebih menarik dalam kuliah-kuliah akan datang apabila kuliah bulanan kita ikuti satu persatu. Saya mengharapkan lebih 2000 orang yang istiqamah mengikuti kuliah ini pada setiap bulan. Amin.

Kuliah pertama membahaskan tentang tiori 4 unsur(tanah,air,api,angin) dan mengenal 6 produk HPA yang berada pada unsur - unsur tertentu. Ini bermakna pelajar atau ahli HPA lebih advance dalam menggunakan manafaat unsur herba daripada terus kepada penggunaan sesuatu penyakit.

Panas ditentukan dengan nadi sementara sejuk atau lembab ditentukan dengan lapisan putih atas lidah. Jika penyakit dari unsur panas herba yang diberikan dari unsur dingin dan bagitulah sebaliknya. Bagi memahami dengan sebenar-benarnya ikutilah kuliah ini dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah kita akan cuba bangunkan semula pengubatan yang halal lagi baik .

Sabtu, 29 Mei 2010

mesyuarat PJS

Salam,
Berikut adalah cabutan keputusan mesyuarat PJS yang berlangsung baru-baru ini;


PERJUMPAAN PJS SELURUH MALAYSIA
TARIKH : 13HB MEI 2010/ 28 JAMADILAWWAL 1431 H
TEMPAT : DEWAN AMIR RAMADHAN, KOMPLEK JEJAWI
MASA : 9.00 PAGI – 6.00 PETANG

BEBERAPA PERKARA TELAH DICAPAI PERSETUJUAN DI DALAM PERJUMPAAN TERSEBUT. ANTARANYA IALAH:

ISU 1:
SEMUA PJS BERSETUJU UNTUK MENGEKALKAN CARA PENTADBIRAN KELAB SEDIA ADA IAITU ( KPU,KPA,KPT,KPS DAN BORNEO ) SERTA DI PERKEMASKAN CARA PENTADBIRANNYA.
ISU 2:
PROGRAM PENGGUNA SETIA CEMERLANG (PSC) AKAN DITUKAR NAMA KEPADA PRA-PBC (PPBC).
ISU 3:
SETIAP KELAB ZON (KPU, KPA, KPT, KPS DAN BORNEO) PERLU MENGHANTAR WAKIL 5 ORANG SEBAGAI JAWATANKUSA KONVEK 2010. OLEH ITU, PIHAK AWM (BAHAGIAN PEMASARAN) AKAN MENGHANTAR SURAT RASMI KEPADA SETIAP KELAB SUPAYA SETIAP KELAB MENGHANTAR SENARAI NAMA WAKIL MASING-MASING.
ISU 4:
TABUNG PERLINDUNGAN TAKAFUL AKAN DIGANTI OLEH INSENTIF TAAWUN (DENGAN SYARAT MAINTAIN 200 NM TANPA KIRAAN AKUMULATIF). INSENTIF TAAWUN INI AKAN BERKUATKUASA PADA BULAN JUN 2010.
ISU 5:
SASARAN JUALAN 2010 IAITU RM 20 JUTA AKAN DIKEKALKAN TANPA SEBARANG PERUBAHAN.
ISU 6:
SYARAT MAINTAIN PBC BARU
KAEDAH PERTAMA .
TEMPOH MAINTAIN DALAM MASA 2 BULAN.
CTH : BLN 1 = 120 PV
BLN 2 = 180 PV
SYARAT MAINTAIN SEBULAN MESTILAH LEBIH 100 PV DAN DISERTAKAN DUA ( 2 ) KEPING INVOIS.

KAEDAH KE DUA.
TEMPOH MAINTAIN DALAM MASA 3 BULAN
CTH : BLN 1 = 100 PV
BLN 2 = 100 PV
BLN 3 = 100 PV
SYARAT MAINTAIN TIGA BULAN BERTURUT – TURUT , BARULAH DIITIRAF SEBAGAI KENAIKAN PANGKAT PLX BERLAKU.
KAEDAH TIGA.
BAGI PBC YANG BERLANGSUNG PADA HUJUNG BULAN IAITU PADA MINGGU AKHIR SETIAP BULAN MAKA :
BOLEHLAH TEMPOH MAINTAIN DILANJUTKAN SELAMA 3 BULAN BERIKUTNYA.
CTH: PBC BERLANGSUNG PADA HUJUNG BULAN IAITU PADA 24 – 25 APRIL MAKA TEMPOH MAINTAIN BOLEH LAH DILAKUKAN MULAI BULAN MEI ( 5 ) , JUN ( 6 ) DAN JULAI ( 7 ).

ISU 7:
SETIAP KELAB DIMINTA UNTUK MEMBUAT CADANGAN UNTUK MEMPERKASAKAN PBC. SETIAP KELAB DIBERI TEMPOH SATU (1) MINGGU UNTUK MENYIAPKAN LAPORAN TERSEBUT DAN SEMUA LAPORAN PERLU DIHANTAR KEPADA EN.MUHD KAMAL BIN ISMAIL DI BAHAGIAN PEMASARAN AL WAHIDA MARKETING SDN. BHD.
ISU 8:
PENGURUSAN HPA TELAH BERSETUJU UNTUK MENGADAKAN PERJUMPAAN PJS TIGA (3) BULAN SEKALI.
PERJUMPAAN PJS AKAN DATANG: BULAN JULAI 2010.
ISU 9:
PIHAK PENGURUSAN TELAH BERSETUJU UNTUK MENGADAKAN HARI KELUARGA PJS 2010 PADA 02HB OKTOBER 2010 (SABTU) / 23 SYAWWAL 1431H. TEMPAT PROGRAM AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN.
ISU 10:
PIHAK PENGURUSAN BERSETUJU SUPAYA PERLANTIKAN PJS BARU PERLULAH MENYERTAI PROGRAM PRA –PJS TERLEBIH DAHULU. OLEH ITU PIHAK KELAB SETIAP ZON DIMINTA UNTUK MENGADAKAN PROGRAM PRA-PJS TERSEBUT SELAMA 1 HARI SAHAJA.

hpa

produk halal tangungjawab bersama

Jumaat, 28 Mei 2010

pengedar produk islam diperlukan

HPA Online Produk Halal Tanggungjawap Bersama

HPA Online  Produk Halal Tanggungjawap Bersama



Ingin menjadi pengedar 300 produk buatan oarang 100% sila hubungi:

255260.MY01 ABDUL HAMIZOL BIN MOHAMED
Tel: 0139677160

@daftar terus di cawangan hpa, stokis, hpa halal mart sebagai pengedar hpa hanya rm30.00. letakan 255260.MY01 ABDUL HAMIZOL BIN MOHAMED sebagai penaja anda

HPA Online  Produk Halal Tanggungjawap Bersama