KEARAH MEREALISASI TIBBUN NABAWI

PROGRAM PERKONGSIAAN BIJAK CEMERLANG

Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)

“Jalan Pintas Menjana Pendapatan Lumayan, 5 Angka Dalam Masa 5 Bulan Melalui Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) HPA
Anda menghadapi kemelut kewangan?
Pendapatan tidak mencukupi?
Hutang keliling pinggang?
Yuran pengajian anak-anak, bil elektrik, bil air, ansuran kenderaan dan rumah juga kos sara hidup yang semakin meningkat.

InsyaAllah..Bersama HPA, Anda Akan Bertemu Jalan Keluarnya.
Anda Berminat! Tapi BERMASALAH?

TAK PANDAI BERNIAGA?
Akan kami tunjukkan anda jalannya.

TAK BERMINAT BERNIAGA?
Pastinya anda akan berminat dengan pendapatan lumayan dengan produk-produk suci bersih dan halal yang menjadi tanggungjawab umat Islam
memasarkannya.

INGIN BELAJAR BERNIAGA?
Kami menyediakan siri latihan khusus secara berterusan kepada mereka yang berminat.

KECEWA DENGAN MULTI LEVEL MARKETING (MLM) YANG LAIN?
Usahawan Islam tidak akan kenal erti kecewa. Bersama kami menjadi usahawan dunia dan akhirat.

Mari Mulakan LANGKAH PERTAMA Anda Menjadi Usahawan Produk Halal HPA Dengan Menyertai Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC).
1. Apakah Program Perkongsian Bijak Cemerlang?
Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) merupakan plan pemasaran yang diperkenalkan oleh HPA Industries Sdn. Bhd. melalui cetusan idea/kajian daripada pengedar-pengedar yang telah berjaya memperolehi pendapatan lumayan melalui syarikat HPA.
Plan pemasaran ini diperkenalkan bertujuan supaya pengedar-pengedar HPA memperoleh pendapatan lumayan dalam masa yang singkat; 5 angka dalam masa 5 bulan!


Program PBC berlangsung selama 2 hari 1 malam di semua lokasi terpilih (kebanyakannya di hotel) di seluruh Malaysia. Jadual program PBC secara bulanan boleh dilihat di laman web rasmi HPA iaitu www.hpa.com.my . Yuran PBC amnya ialah RM 180 sahaja namun ianya tertakluk kepada perubahan bergantung kepada penganjur program dan faktor lokasi.





2. Siapa Yang Perlu Hadir Ke PBC?
1) Ahli baru HPA.
2) Ahli HPA yang telah lama sertai HPA tapi tidak aktif dan tidak berpangkat.
3) Ahli HPA yang berminat untuk menjadi stokis.






3. Modul-Modul Program PBC Yang Sangat Berkesan
Antara modul yang akan diberikan adalah :
1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan Al Maathurat.
14. Motivasi Niaga.

Modul-modul PBC menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan.


Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix dan juga beberapa produk pilihan lain. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul.
Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat.





4. Ganjaran Dari PBC
ganjaran1.jpg
Selain ilmu, kemahiran dan motivasi yang diperolehi dari program ini, ada ganjaran istimewa yang HPA tawarkan kepada peserta PBC iaitu kenaikan pangkat secara automatik. Kenaikan pangkat akan menyumbang kepada peningkatan bonus bulanan. 2 syarat utama yang membolehkan kenaikan pangkat ini ialah:


1) Peserta hadir ke PBC dan

2) Melakukan belian bersyarat 300 NM pada bulan yang peserta itu hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300 NM sebelum ke program PBC melalui mana-mana agen stok.



PENTING! Belian bersyarat 300 NM hanya dilakukan sekali saja untuk PBC. Pada bulan-bulan berikutnya, anda hanya perlu maintain 100 NM untuk mendapatkan bonus bulanan.


Anda sebenarnya boleh mencapai apa jua kenaikan pangkat mengikut banyak mana jaringan yang anda hadirkan ke PBC. Jika anda hadir seorang sahaja, anda akan naik pangkat pertama, PLX. Dan misalnya anda membawa pula 6 orang ahli rangkaian anda ke PBC dalam satu-satu bulan, maka anda terus akan mencapai pangkat PJX dalam bulan tersebut. Rujuk senarai pangkat dan gambarajah di sini. Dengan syarat masing-masing juga membuat belian bersyarat 300 NM.





5. Plan Pemasaran 5 Angka Dalam Masa 5 Bulan Melalui Program PBC


Ingin pendapatan 5 angka melalui perniagaan HPA? Sudah semestinya bukan. Kini tiba masanya untuk kami dedahkan plan pemasaran terhebat HPA kepada anda. Sila rujuk gambarajah di bawah.


5-angka-5-bln-1-v2.PNG
5-angka-5-bln-2-v2.PNG
5-angka-5-bln-3-v2.PNG
5-angka-5-bln-4-v2.PNG
5-angka-5-bln-5-v2.PNG
5-angka-5-bln-6-v2.PNG
Tugas anda:

1) Anda hadir ke program PBC + buat belian bersyarat 300 NM

2) Anda menaja 6 orang ahli baru pada bulan ke 2 dan membawa mereka ke PBC. Pada bulan ke 3 pula, 6 orang dibawah anda turut mengikut cara anda dengan membawa 6 orang ahli baru di bawah mereka ke PBC. Hanya lakukan proses duplikasi ini sehingga bulan ke 5, bonus anda akan mencapai RM 26, 729. Dengan syarat, setiap ahli juga melakukan belian 300 NM dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Belian 300 NM hanya dilakukan sekali saja untuk PBC. Pada bulan-bulan berikutnya, anda hanya perlu maintain 100 NM untuk mendapatkan bonus bulanan.
* Setiap peserta yang hadir ke PBC mestilah membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC melalui mana-mana agen stok.





6. Plan Pemasaran 5 Angka Dalam Masa 12 Bulan Melalui Program PBC
Selain dari Plan 5 Angka Dalam Masa 5 Bulan, ada juga disediakan plan menjana pendapatan 5 Angka Dalam Masa 12 Bulan. Ringkasnya tugas anda ialah:

1) Anda perlu hadir ke program PBC pada bulan pertama dan buat belian 300 NM.
2) Menaja seorang setiap bulan secara berterusan hingga 12 bulan dan hadirkan setiap dari mereka ke PBC. Setiap downline anda juga harus melakukan perkara yang sama seperti yang anda lakukan.

* Setiap peserta yang hadir ke PBC mestilah membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC melalui mana-mana agen stok.

Berikut ialah kiraan kasar bonus bagi Plan Pemasaran 5 Angka Dalam Masa 12 Bulan yang kami gelarkan juga sebagai Pembinaan Rangkaian Berterusan (PRB):
prb-1-v2.PNG
prb-2-v2.PNG
prb-3-v2.PNG





7. Fakta Menarik Mengenai Program PBC


1) Sekitar 2002, jualan bulanan HPA hanya sekitar RM200 ribu sahaja sebulan tapi kini, Alhamdulillah jualan bulanan telah menjangkau berbelas-belas juta RM sebulan. Cawangan Sungai Petani sahaja mampu mencatat jualan melebihi setengah juta sebulan. Faktor utama lonjakan jualan bulanan ini ialah kerana keberkesanan program PBC yang dimulakan sejak Disember 2005.


leadership-button.jpg


2) PBC adalah medan baru bagi pemimpin-pemimpin HPA. Ia mampu menggerakkan pengedar untuk mengubah cara bekerja dan bertindak lalu lahir sebagai usahawan HPA. Sebelum ini ramai juga usahawan yang lahir, tetapi tidak sehebat usahawan selepas adanya PBC. Ia adalah momentum baru yang menjulang kejayaan syarikat dan juga kecemerlangan pemimpin dan pengedar.


3) Menjadi ahli HPA dengan membayar yuran penyertaan RM30 seumur hidup belum tentu memberi jaminan untuk kita berjaya sebagai usahawan HPA. Ramai yang menjadi pengguna dan pengamal produk sahaja. Mereka mungkin terlupa bahawa Pelan Pemasaran yang dikemukakan oleh HPA mampu membina diri kita sebagai jutawan HPA jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.


business-meeting1.jpg


4) Menjadi usahawan memerlukan ilmu perniagaan. Setakat tahu sahaja belum cukup sekiranya tidak disertakan dengan skill untuk berdagang, terutama dalam syarikat yang berniaga secara Multi Level Marketing (MLM). Selama 2 hari satu malam dengan bayaran RM180 sahaja, pengedar akan didedahkan dengan ilmu dan skil perniagaan yang mampu menjadikannya usahawan yang cukup
berjaya jika dipraktikkan dengan betul.



5) Oleh yang demikian, pemimpin dan pengedar HPA yang bercita-cita mahu menjadi Usahawan MLM (S) HPA yang berjaya dengan pendapatan bulanan 5 angka, hendaklah menggerakkan jaringan mereka untuk hadir ke PBC.



                                                 "Sertai Kursus PBC Ini Sekarang!"